Apple baru sahaja melancarkan sebuah tablet yang cukup berkuasa tinggi serta rekaan yang menarik iaitu iPad Air 2022. Tablet ini menerima pujian kerana spesifikasi yang ditawarkan seperti penggunaan cip Apple M1, sokongan 5G serta port USB-C yang menyokong pemindahan pantas fail menerusinya.

Namun begitu, terdapatpengguna di laman sosial Reddit memberi maklum balas yang negatif terhadap pengalaman menggunakan iPad generasi terbaru ini. Antara isu yang dibangkitkan adalah kualiti binaan pada generasi kali ini sangat rendah seperti penggunaan aluminium yang nipis sekaligus disifatkan sebagai murahan bagi sesetengah pembeli.

Sumber Gambar: Reddit

Bukan itu sahaja, bunyi berderit atau creaking juga boleh didengari oleh para pengguna sewaktu digunakan membuatkan ramai tidak selesa akan situasi tersebut. Selain itu, pengguna juga berkata mereka dapat merasakan komponen dalaman seperti bateri dan lain-lain.

Tidak dapat dipastikan adakah Apple cuba menjimatkan kos dengan menggantikan aluminium lebih nipis pada binaan atau pun mengalami masalah bekalan dan mungkin isu dengan proses aluminium yang dicat biru. Hal ini banyak dikesan pada pilihan iPad Air berwarna biru.

Sementera pengguna yang mendapatkan warna ungu dan kelabu melaporkan iPad mereka tidak mempunyai masalah tersebut seperti masalah yang dikongsi pengguna yang membeli iPad berwarna biru. Malah, ada individu yang mengakui telah mendapatkan unit gantian tetapi masalah sedemikian masih berlaku.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui enam tablet mampu milik yang boleh didapati pada harga bawah RM1,500 sahaja di Shopee.

6 Tablet Mampu Milik Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Bawah RM1,500 Menerusi Shopee

Pelajat IPT Daripada Keluarga B40 Berpeluang Mohon Tablet Percuma Bermula April 2022